Thursday, February 25, 2016

Pre Start-up Safety Review

Kenapa tajuknya "start-up" adakah shutdown tak penting atau kurang merbahaya?
kalau berdasarkan kepada U.S OSHA itulah yang dinyatakan. PSSR ni hanya perlu untuk start-up loji baru atau loji yang telah mengalami@melakukan perubahan dalam sistem prosesnya. Dengan itu PPSR dilakukan untuk loji tersebut untuk memastikan comissioning loji itu berjalan dengan selamat.

mengikut website Enggclycopedia, PSSR dilakukan secara berkumpulan dimana kumpulan itu diketuai oleh wakil dari pihak operasi loji. ini kerana mereka adalah pengguna yang akan mengoperasikan loji tesebut. menurut website itu juga, PSSR boleh dipecahkan kepada 3 langkah iaitu:

1. Follow up HAZOP review. HAZOP=Hazardous Operability.
2. Document review
3. Technical HSE review

mengikut organisasi yang aku keja sekarang ni pulak, kami telah menukar sikit konsep PSSR kepada apa yang dipanggil PASR sebutannya "PASAR". Nama penuh dia "Pre-Activity Safety Review".
disebalik hanya melihat kepada "start-up" activity sahaja, kami telah melakukan konsep yang sama untuk operasi shutdown loji. kenapa begitu? kerana risiko yang dihadapi@boleh terjadi semasa start-up atau shutdown adalah sama.

PASR yang kami lakukan pulak terbahagi kepada 2 iaitu:

i) PASR1 : Procederal HAZOP.
ii) PASR2 : Site readiness verification.

Skop keperluan melakukan PASR ni pulak adalah berdasarkan ketentuan samada activity yang akan dijalankan itu melibatkan process sistem ataupun tidak. Jika Ya, maka perlukan PASR. jika tidak tidak perlu PASR dilakukan. cukuplah kali ni.sori takde gambar jugak nak letak sini.
boleh click link ni untuk bacaan PSSR yang agak menarik.
PSSR from Enggcyclopedia

No comments:

Post a Comment