Thursday, February 25, 2016

Pre Start-up Safety Review

Kenapa tajuknya "start-up" adakah shutdown tak penting atau kurang merbahaya?
kalau berdasarkan kepada U.S OSHA itulah yang dinyatakan. PSSR ni hanya perlu untuk start-up loji baru atau loji yang telah mengalami@melakukan perubahan dalam sistem prosesnya. Dengan itu PPSR dilakukan untuk loji tersebut untuk memastikan comissioning loji itu berjalan dengan selamat.

mengikut website Enggclycopedia, PSSR dilakukan secara berkumpulan dimana kumpulan itu diketuai oleh wakil dari pihak operasi loji. ini kerana mereka adalah pengguna yang akan mengoperasikan loji tesebut. menurut website itu juga, PSSR boleh dipecahkan kepada 3 langkah iaitu:

1. Follow up HAZOP review. HAZOP=Hazardous Operability.
2. Document review
3. Technical HSE review

mengikut organisasi yang aku keja sekarang ni pulak, kami telah menukar sikit konsep PSSR kepada apa yang dipanggil PASR sebutannya "PASAR". Nama penuh dia "Pre-Activity Safety Review".
disebalik hanya melihat kepada "start-up" activity sahaja, kami telah melakukan konsep yang sama untuk operasi shutdown loji. kenapa begitu? kerana risiko yang dihadapi@boleh terjadi semasa start-up atau shutdown adalah sama.

PASR yang kami lakukan pulak terbahagi kepada 2 iaitu:

i) PASR1 : Procederal HAZOP.
ii) PASR2 : Site readiness verification.

Skop keperluan melakukan PASR ni pulak adalah berdasarkan ketentuan samada activity yang akan dijalankan itu melibatkan process sistem ataupun tidak. Jika Ya, maka perlukan PASR. jika tidak tidak perlu PASR dilakukan. cukuplah kali ni.sori takde gambar jugak nak letak sini.
boleh click link ni untuk bacaan PSSR yang agak menarik.
PSSR from Enggcyclopedia

Tuesday, February 23, 2016

RAGAGEP

Dalam bidang apa pun, konsep sesuatu perkara itu menentukan halatuju perkara tersebut.
hal ini juga terguna pakai untuk bidang "safety". untuk post kali ini kita akan membincangkan konsep RAGAGEP.

seperti kebanyakan dari kita tahu bahawa, konsep "safety" dalam OSHA 1994, konsep "setakat yang praktik" adalah menjadi asas dalam pelaksanaan safety and health ditempat kerja. konsep ini memberi sedikit kelonggaran kepada pihak industri untuk melaksanakan safety ditempat kerja dengan cara yang tidak membebankan. ini selari dengan konsep OSHA itu sendiri iaitu self regulation(pematuhan kendiri).

berbalik kepada tajuk kita, RAGAGEP. benda apa tu?
RAGAGEP adalah singkatan kepada Recognized and Generally Accepted Good Engineering Practices. RAGAGEP ini dipopularkan oleh CCPS. iaitu pecahan kepada Icheme. Suatu badan professional yang mengumpulkan pakar-pakar industri dalam bidang masing-masing terutamanya chemical engineering.
CCPS adalah singkatan kepada Center of Chemical Process safety. suatu cabang yang menumpukan kepada process safety.

pada awal pengenalan PSM oleh OSHA U.S dept of Labor, RAGAGEP tidak dipopularkan oleh mereka. tetapi selepas U.S Refinery National Emphasis Program (CPL 03-00-010) references the definition found in the Center for Chemical Process Safety’s (CCPS)Guidelines for Mechanical Integrity Systems
“Recognized And Generally Accepted Good Engineering Practices” (RAGAGEP) - are the basis for engineering, operation, or maintenance activities and are themselves based on established codes, standards, published technical reports or recommended practices (RP) or similar documents. RAGAGEP detail generally approved ways to perform specific engineering, inspection or mechanical integrity activities, such as fabricating a vessel, inspecting a storage tank, or servicing a relief valve.

so begitulah al-kisah pasal RAGAGEP ni. kita boleh merujuk pasal enforcement RAGAGEP ni dalam link berikut:
OSHA US on RAGAGEP implementation

Sunday, February 14, 2016

MI : Benefit and standard


Dah dekat seminggu tak tulis ni. Bukan apa, busy dengan kerja sebab ada shutdown.
nasib baik shutdown kali ni berjalan lancar dan ahead of schedule. So dapat le aku cuti sikit.
o.k mari sambung Mechanical Intergrity episode 2.

seperti yang diberitahu dlm episode 1, MI ni bermula dari peringkat awal lagi iaitu design stage. so masa design sesuatu facility tu mestilah merujuk kepada standard/panduan yang terguna pakai bagi memastikan keselamatan serta matlamat pembuatan nanti tercapai..
So antara standard yang biasa diguna pakai dalam oil&gas dan jgk chemical industry ialah:

i. American Petroleum Institute (API),
ii. American Society of Mechanical Engineers (ASME)

iii. International Society of Automation (ISA)
iv. American National Standard Institute (ANSI).
v. British Standard (BS)

kalau dibaca standard amareka ni memg jenuh la... tebal nak mampus. yang bagusnya kita tak perlu pikir dah, diorang dah set kan. takde la nak main tangkap muat pipe schedule brp utk pressure camne etc. 

jangan lupa pelaksanaan program MI ni juga mempunyai manafaat yg sangat baik. Antara manafaatnya ialah:

i) pematuhan kepada undang2 : cth mcm Perlesenan Mesin Bertekanan (PMT) untuk pressure vessel, relieve valve etc.
ii) Mengurangkan kebarangkalian untuk facility trip/unplanned shutdown.
iii) cost operasi yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

dengan melakukan MI program jgk salah satu syarat untuk membolehkan sesuatu facility mengimplikasikan Special Scheme Inspection (SSI) @ dikenali jgk Risk Base Inspection (RBI) yang diterima pakai oleh DOSH bermula tahun 2014. kalau nak tengok detail SSI tu, click Special scheme inspection 2014

gambar sekadar hiasan..

Thursday, February 4, 2016

MI = 1ST LINE OF DEFENSE


Tajuk tu bukan equation baru ye, saje nak bagi gempak sikit huhu

Ambe nak kabor sini, Mechanical intergrity adalah protection paling awal dalam 
dalam melindungi process facility. Dalam kitab PSM yang ambe rujuk , MI ni boleh
dicapai dengan "design, installed and operate it right". Kitab PSM tu juga 
menyatakan keperluan MI perlu terguna pakai untuk setiap peralatan seperti 
berikut:

i)                   Pressure vessels and storage tank;
ii)                Piping systems(including piping components such as valve);
iii)              Relief and vent systems and devices
iv)              Emergency shutdown systems;
v)                Controls(including monitoring devices and sensors, alarms, and interlocks); and
vi)              Pumps.

salah satu incident yang dahsyat disebabkan oleh failure 
of MI ni adalah seperti keratan berita berikut:

Catastrophic explosion in 
Mexico City November 19, 1984 
Six hundred people were killed and 7,000 injured from an explosion following the failure of containment at a Mexico LPG facility in November, 1984. The storage facility contained four 422,000 gallon spheres of LPG. A  line corroded over time and eventually failed. The spilled propane filled the concrete dikes, overflowed, found an ignition source, and exploded. The explosion damaged other spheres, triggering more explosions. Twelve cylindrical tanks were also damaged, some rocketing over 3,000 feet away. The blast was felt over 12 miles away.
satu lagi fakta menarik adalah ; "According to information published in 2003 by Marsh Insurance, approximately 46% of the largest insurance losses in chemical, petrochemical, petroleum refining, and natural gas processing facilities from 1972 to 2001 were due to a failure in mechanical integrity programs"
o.k cukup maklumat kali ni. jumpa 2nd episode on MI: benefit and standards

Monday, February 1, 2016


14 element of PSM


untuk kali ni aku nak cerita pasal elemen dalam Process Safety Management(PSM) ni.
mcm yang aku bagitahu dalam entry sebelum ni, kitab aku gunakan adalah U.S OSHA PSM guidelines. kalau korang nampak ada beza dengan kitab yang korang guna itu aku tak boleh tolong la..

senarai 14 elemen PSM ni kita boleh lihat dengan lebih baik berdasarkan rajah dibawah:

"protection of employee" adalah objektif utama PSM guideline diwujudkan.
basement yang warna biru tu pulak adalah asas yang perlu untuk menjadikan bangunan/blok PSM tu dapat didirikan. makna kata... PSM ni memerlukan komitmen yang tinggi dari pengurusan untuk memastikan PSM elemen dilaksanakan dengan sepenuhnya beserta kawalan terhadap dokumen berkaitan PSM ini dilakukan dengan baik.

berdasarkan elemen yang ada tu, kita dapati ia bukanlah elemen yang betul2 terasing dari sistem pengurusan keselamatan pekerjaan(occupational safety) sedia ada dlm OHSAS 18001@MS1722.
element seperti 

i)Process safety information
ii) Process hazard analysis
iii) PSSR(Pre start-up safety review), 
iv)Mechanical integrity

adalah elemen yang tiada dalam OHSAS@MS1722. kalau ada tu maafkan kesalahanku ye sebab tempat keje aku tak de sijil2 tu. So cukup la kali ni untuk elemen2 PSM.