Monday, December 19, 2016

Pressure relief device

Pressure Relief Device = Pressure Safety Valve?


Process plant mempunyai persamaan yang sama iaitu menggunakan peralatan bertekanan. Samada tekanan itu kecil atau besar sahaja yang membezakan antara sesuatu loji. Peralatan bertekanan ini juga mempunyai risiko yang sentiasa ditakuti iaitu ianya boleh pecah(rupture). Untuk melindungi peralatan bertekanan dari "rupture incident" maka salah satu alatan yang wajib dipasang adalah "pressure relief device".

Adakah "Pressure Relief Device(PRD)" ini bersamaan dengan "Pressure safety Valve" sahaja? jawapannya sudah tentulah tidak... bila disebut device ada mcm2 la ye adik2, abang2 dan kakak2 semua...
3 alatan yang biasa digunakan sebagai PRD adalah seperti berikut:

1. Pressure safety valve.
2. Rupture disk.
3. Pressure vacuum relief valve.

ketiga-tiga alatan tersebut mempunyai prinsip kaedah kerja yang berbeza-beza. Penentuan pemasangan PRD hendaklah ditentukan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Malah pada masa kini ada jawatan untuk jurutera yang kerjanya spesifik kepada PRD ni sahaja. So makin meluas la bidang kejuruteraan untuk loji proses..

cukup la kot kali ni. nanti sambung lagi pasal PRD ni. banyak2 nanti pening pulak nak faham

Wednesday, November 16, 2016

Operating Procedure manual for safe operation



Kalau kita beli barang, mesti disertakan dengan manual @ buku panduan penggunaan dan penyelenggaraan barang tu. Tak kira la barang kecik atau besar, mesti ada manual dia kan. Begitu juga dgn operasi sesuatu loji proses, mestilah mempunyai "Operating Procedure" yang lengkap untuk panduan menjalankan loji dengan sempurna dan selamat.

Mengikut US OSHA 3132, OP ni mestilah selari dgn apa yang terkandung dlm "Process Safety Information" sesuatu loji. Dengan kata lain ianya dokumen yg saling berkait antara OP dan PSI. OP yg lengkap, konsisten antara yg ditulis dan yang wujud di loji. Dan yang paling penting ianya mestilah dikomunikasikan kepada pekerja agar mereka faham dan dapat menjalankan tugas mereka dgn selamat.

OP mestilah disediakan merangkumi beberapa kategori yg telah dikenalpasti iaitu minimum seperti berikut:

1. Start up operations : untuk loji baru / selepas Turnaround@shutdown / selepas emergency.
2. Normal operations  ; manual untuk tugas rutin operasi loji.
3. Emergency operation : panduan menghentikan@mengawal operasi loji semasa kecemasan.
4. Abnormal operation : kaedah untuk mengawal keadan bukan kecemasan tetapi situasi perlu dikawal seperti situasi "off specification product", "process upsets" & "impurities in feedstock".
5. Shutdown operation : cara untuk "shutdown total or partial unit/equipment from normal/abnormal situation.

contoh template operating procedure seperti dibawah:

Monday, October 24, 2016

PHA Element No.3

Process Hazard Analysis


Mari kita membicarakan semula elemen dalam "PSM". Elemen yang ketiga dlm PSM adalah "Process Hazard Analysis(PHA)". Definasi PHA berdasarkan U.S OSHA ialah "thorough, orderly,systematic approach for identifying, evaluating and controlling the hazards of processes involving highly hazardous chemicals". Dengan kata lain, PHA adalah suatu penilaian risiko yang komprehensif untuk hazad yang melibatkan proses bahan kimia berbahaya. Bila dikatakan komprehensif, sudah tentu ianya memerlukan kaedah, sumber dan hasil kajian yang menyeluruh.

Apabila membicarakan PHA, sudah tentu kaitannya adalah "HAZOP(Hazard and operability) study". ini kerana, HAZOP diakui salah satu tools yang efektif untuk menganalisa hazad berkaitan proses. Antara beberapa tools lain yg biasa digunakan untuk  menyokong PHA report ialah:

1. Structured What if Technic.
2. Failure Mode and effect analysis.
3. Fault tree analysis

Setiap tools itu mempunyai "rules and guidewords" yang tersendiri. maka setiap tools yang digunakan hendaklah diketuai oleh individu yang arif menggunakan tools tersebut.
Berbalik kepada HAZOP study, ialah lebih kompleks berbanding "procedural HAZOP" yang pernah dibincangkan dalam entry sebelum ini. Guidewords HAZOP antaranya ialah:

1. Flow.
2. Pressure.
3. Level.
4. Temperature.
5. Time.
6. Step.
7. Action

Tuesday, October 11, 2016

Hazardous Area Classification (HAC)


Kali ni lari sikit dari elemen process safety, tapi ada kaitan jgk dgn safety ni.
HAC ni adalah klasifikasi untuk potential "Hazardous materials" leak/escape from it's primary containment. Klasifikasi ni penting untuk penentuan jenis elektrikal/instrumentasi yg sesuai/selamat dipasang di kawasan proses. klasifiakasi ini juga digunakan untuk kawalan permit kerja.

Mari kita kenal dulu general HAC. Secara mudah ada 3 jenis HAC iaitu:

1. Zone 0 : materials always escape from containment, contoh mudah ialah flare.

2. Zone 1 : materials high potential escape from containment,contoh ialah pig reciever/well head area.

3. Zone 2 : selain zone 1 @ zone 0 @ low potential mateials escape from containment, contoh process vessel, piping joint etc.

berdasarkan klasifikasi tersebut, kawalan kerja meggunakan sistem permit kerja akan lebih mudah diuruskan. Contohnya tidak membenarkan sebarang kerja "naked flame" di kawasan pig reciever walaupun menggunakan kawalan "pressurize habitat". Apa itu "pressurize habitat"? nanti next entry aku tulis.

Cukup untuk kali ni.
Danke(Thanks).








Saturday, July 30, 2016

Process safety Information


Mengikut OSHA US guideline berkaitan PSM, PSI adalah elemen kedua dalam senarai. ini menunjukkan elemen PSI ini mempunyai kepentingan yang sangat tinggi. Mari kita lihat apakah isi kandungan PSI

PSI adalah maklumat asas yang perlu ada untuk sesebuah loji pemprosesan. Mengikut US guideline juga, PSI bermanafaat untuk majikan dan pekerja yang terlibat dalam operasi sesebuah loji proses untuk mengenalpasti dan memahami hazad yang berkemungkinan boleh terhasil. PSI mestilah mempunyai maklumat berkaitan bahan kima yang diguna @ dihasilkan, informasi terknologi proses dan informasi peralatan proses. 

Untuk memudahkan pemahaman, jadual dibawah mungkin boleh membantu:-


Highly Hazardous Chemicals
Process technology
Process equipment
- Toxicity Data
- Permissible exposure limit
- physical data
- Reactivity data
- Corrosivity data

- A block flow diagram or simplify process diagram.
- Process chemistry.
- Maximum intended inventory.

- Materials of construction.
- Piping and instrumentation diagram.
- Electrical classification.
- Relief system design and design basis.
- Thermal and chemical stability data
- hazardous effect of inadvertent mixing of different materials that could foreseeably occur
- Safe upper and lower limit of such items as temperature, pressure, flow and concentrations.
- an evaluation of consequence of deviations including those effecting those safety and health of employees.
- Ventilation system design.
- Design codes and standard employed.
- Material and energy balance.
- Safety system (for example interlocks, detection or suppression system)

Monday, March 14, 2016

Pre-Activity Safety Review


Sambungan dari entry sebelum ni, kita sambung lagi berkaitan dengan PSSR. Tapi kali ni akan membicarakan lebih lanjut PASR. Seperti diterangkan sebelum ini PASR ini adalah olahan dari PSSR. Maka fokusnya adalah operasi start-up and shutdown yang selamat dan berjaya.

PASR1
Dikenali juga sebagai "procedural HAZOP".
Apa bezanya dengan HAZOP?
HAZOP biasanya kita menilai hazard berkaitan process.
Biasanya ada 7 HAZOP deviation yang dibincangkan dalam HAZOP study untuk continuos process plant.
Tetapi untuk procedural HAZOP, hanya action, information, sequence dan time yang diambil kira. 
ini kerana procedural hazop adalah untuk menilai semula sesuatu procedure yang telah siap.

PASR2
Dikenali juga sebagai site preparation check.
ini kerana PASR2 ni dibuat di worksite.
Sebelum sesuatu major activity dilakukan, PASR2 dibuat untuk memeriksa tahap persediaan di tempat kerja.
worksite mestilah telah disediakan untuk bersedia untuk melakukan aktiviti. Segala dokumen berkaitan telah tersedia dan diluluskan.
biasanya PASR2 dibuat 2@3 hari sebelum activiti dilakukan.
ini untuk membolehkan sebarang tindakan susulan hasil dari PASR2 dapat dilakukan sebelum major aktiviti bermula.

diharapkan dengan melakukan PASR1&2 maka aktivity major yang akan dilakukan dapat berjalan dengan lancar dan selamat.
Jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal.

Thursday, February 25, 2016

Pre Start-up Safety Review

Kenapa tajuknya "start-up" adakah shutdown tak penting atau kurang merbahaya?
kalau berdasarkan kepada U.S OSHA itulah yang dinyatakan. PSSR ni hanya perlu untuk start-up loji baru atau loji yang telah mengalami@melakukan perubahan dalam sistem prosesnya. Dengan itu PPSR dilakukan untuk loji tersebut untuk memastikan comissioning loji itu berjalan dengan selamat.

mengikut website Enggclycopedia, PSSR dilakukan secara berkumpulan dimana kumpulan itu diketuai oleh wakil dari pihak operasi loji. ini kerana mereka adalah pengguna yang akan mengoperasikan loji tesebut. menurut website itu juga, PSSR boleh dipecahkan kepada 3 langkah iaitu:

1. Follow up HAZOP review. HAZOP=Hazardous Operability.
2. Document review
3. Technical HSE review

mengikut organisasi yang aku keja sekarang ni pulak, kami telah menukar sikit konsep PSSR kepada apa yang dipanggil PASR sebutannya "PASAR". Nama penuh dia "Pre-Activity Safety Review".
disebalik hanya melihat kepada "start-up" activity sahaja, kami telah melakukan konsep yang sama untuk operasi shutdown loji. kenapa begitu? kerana risiko yang dihadapi@boleh terjadi semasa start-up atau shutdown adalah sama.

PASR yang kami lakukan pulak terbahagi kepada 2 iaitu:

i) PASR1 : Procederal HAZOP.
ii) PASR2 : Site readiness verification.

Skop keperluan melakukan PASR ni pulak adalah berdasarkan ketentuan samada activity yang akan dijalankan itu melibatkan process sistem ataupun tidak. Jika Ya, maka perlukan PASR. jika tidak tidak perlu PASR dilakukan. cukuplah kali ni.sori takde gambar jugak nak letak sini.
boleh click link ni untuk bacaan PSSR yang agak menarik.
PSSR from Enggcyclopedia

Tuesday, February 23, 2016

RAGAGEP

Dalam bidang apa pun, konsep sesuatu perkara itu menentukan halatuju perkara tersebut.
hal ini juga terguna pakai untuk bidang "safety". untuk post kali ini kita akan membincangkan konsep RAGAGEP.

seperti kebanyakan dari kita tahu bahawa, konsep "safety" dalam OSHA 1994, konsep "setakat yang praktik" adalah menjadi asas dalam pelaksanaan safety and health ditempat kerja. konsep ini memberi sedikit kelonggaran kepada pihak industri untuk melaksanakan safety ditempat kerja dengan cara yang tidak membebankan. ini selari dengan konsep OSHA itu sendiri iaitu self regulation(pematuhan kendiri).

berbalik kepada tajuk kita, RAGAGEP. benda apa tu?
RAGAGEP adalah singkatan kepada Recognized and Generally Accepted Good Engineering Practices. RAGAGEP ini dipopularkan oleh CCPS. iaitu pecahan kepada Icheme. Suatu badan professional yang mengumpulkan pakar-pakar industri dalam bidang masing-masing terutamanya chemical engineering.
CCPS adalah singkatan kepada Center of Chemical Process safety. suatu cabang yang menumpukan kepada process safety.

pada awal pengenalan PSM oleh OSHA U.S dept of Labor, RAGAGEP tidak dipopularkan oleh mereka. tetapi selepas U.S Refinery National Emphasis Program (CPL 03-00-010) references the definition found in the Center for Chemical Process Safety’s (CCPS)Guidelines for Mechanical Integrity Systems
“Recognized And Generally Accepted Good Engineering Practices” (RAGAGEP) - are the basis for engineering, operation, or maintenance activities and are themselves based on established codes, standards, published technical reports or recommended practices (RP) or similar documents. RAGAGEP detail generally approved ways to perform specific engineering, inspection or mechanical integrity activities, such as fabricating a vessel, inspecting a storage tank, or servicing a relief valve.

so begitulah al-kisah pasal RAGAGEP ni. kita boleh merujuk pasal enforcement RAGAGEP ni dalam link berikut:
OSHA US on RAGAGEP implementation

Sunday, February 14, 2016

MI : Benefit and standard


Dah dekat seminggu tak tulis ni. Bukan apa, busy dengan kerja sebab ada shutdown.
nasib baik shutdown kali ni berjalan lancar dan ahead of schedule. So dapat le aku cuti sikit.
o.k mari sambung Mechanical Intergrity episode 2.

seperti yang diberitahu dlm episode 1, MI ni bermula dari peringkat awal lagi iaitu design stage. so masa design sesuatu facility tu mestilah merujuk kepada standard/panduan yang terguna pakai bagi memastikan keselamatan serta matlamat pembuatan nanti tercapai..
So antara standard yang biasa diguna pakai dalam oil&gas dan jgk chemical industry ialah:

i. American Petroleum Institute (API),
ii. American Society of Mechanical Engineers (ASME)

iii. International Society of Automation (ISA)
iv. American National Standard Institute (ANSI).
v. British Standard (BS)

kalau dibaca standard amareka ni memg jenuh la... tebal nak mampus. yang bagusnya kita tak perlu pikir dah, diorang dah set kan. takde la nak main tangkap muat pipe schedule brp utk pressure camne etc. 

jangan lupa pelaksanaan program MI ni juga mempunyai manafaat yg sangat baik. Antara manafaatnya ialah:

i) pematuhan kepada undang2 : cth mcm Perlesenan Mesin Bertekanan (PMT) untuk pressure vessel, relieve valve etc.
ii) Mengurangkan kebarangkalian untuk facility trip/unplanned shutdown.
iii) cost operasi yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

dengan melakukan MI program jgk salah satu syarat untuk membolehkan sesuatu facility mengimplikasikan Special Scheme Inspection (SSI) @ dikenali jgk Risk Base Inspection (RBI) yang diterima pakai oleh DOSH bermula tahun 2014. kalau nak tengok detail SSI tu, click Special scheme inspection 2014

gambar sekadar hiasan..

Thursday, February 4, 2016

MI = 1ST LINE OF DEFENSE


Tajuk tu bukan equation baru ye, saje nak bagi gempak sikit huhu

Ambe nak kabor sini, Mechanical intergrity adalah protection paling awal dalam 
dalam melindungi process facility. Dalam kitab PSM yang ambe rujuk , MI ni boleh
dicapai dengan "design, installed and operate it right". Kitab PSM tu juga 
menyatakan keperluan MI perlu terguna pakai untuk setiap peralatan seperti 
berikut:

i)                   Pressure vessels and storage tank;
ii)                Piping systems(including piping components such as valve);
iii)              Relief and vent systems and devices
iv)              Emergency shutdown systems;
v)                Controls(including monitoring devices and sensors, alarms, and interlocks); and
vi)              Pumps.

salah satu incident yang dahsyat disebabkan oleh failure 
of MI ni adalah seperti keratan berita berikut:

Catastrophic explosion in 
Mexico City November 19, 1984 
Six hundred people were killed and 7,000 injured from an explosion following the failure of containment at a Mexico LPG facility in November, 1984. The storage facility contained four 422,000 gallon spheres of LPG. A  line corroded over time and eventually failed. The spilled propane filled the concrete dikes, overflowed, found an ignition source, and exploded. The explosion damaged other spheres, triggering more explosions. Twelve cylindrical tanks were also damaged, some rocketing over 3,000 feet away. The blast was felt over 12 miles away.
satu lagi fakta menarik adalah ; "According to information published in 2003 by Marsh Insurance, approximately 46% of the largest insurance losses in chemical, petrochemical, petroleum refining, and natural gas processing facilities from 1972 to 2001 were due to a failure in mechanical integrity programs"
o.k cukup maklumat kali ni. jumpa 2nd episode on MI: benefit and standards

Monday, February 1, 2016


14 element of PSM


untuk kali ni aku nak cerita pasal elemen dalam Process Safety Management(PSM) ni.
mcm yang aku bagitahu dalam entry sebelum ni, kitab aku gunakan adalah U.S OSHA PSM guidelines. kalau korang nampak ada beza dengan kitab yang korang guna itu aku tak boleh tolong la..

senarai 14 elemen PSM ni kita boleh lihat dengan lebih baik berdasarkan rajah dibawah:

"protection of employee" adalah objektif utama PSM guideline diwujudkan.
basement yang warna biru tu pulak adalah asas yang perlu untuk menjadikan bangunan/blok PSM tu dapat didirikan. makna kata... PSM ni memerlukan komitmen yang tinggi dari pengurusan untuk memastikan PSM elemen dilaksanakan dengan sepenuhnya beserta kawalan terhadap dokumen berkaitan PSM ini dilakukan dengan baik.

berdasarkan elemen yang ada tu, kita dapati ia bukanlah elemen yang betul2 terasing dari sistem pengurusan keselamatan pekerjaan(occupational safety) sedia ada dlm OHSAS 18001@MS1722.
element seperti 

i)Process safety information
ii) Process hazard analysis
iii) PSSR(Pre start-up safety review), 
iv)Mechanical integrity

adalah elemen yang tiada dalam OHSAS@MS1722. kalau ada tu maafkan kesalahanku ye sebab tempat keje aku tak de sijil2 tu. So cukup la kali ni untuk elemen2 PSM.

Sunday, January 31, 2016

Process safety Management



Rupa-rupanya ada lagi blog aku ni. Dah lama aku pun lupa pernah buat blog ni.
Tujuan buat blog ni untuk sharing info pasal HSE dan apa yang aku tahu.
o.k kali ni, aku nak crite pasal PSM plk.

PSM ni bukan benda baru, nak kata lama pun x la lama sgt.
kalau orang safety mesti tau sebut pasal piper alpha & bhopal incident.
piper alpha tu ada jgk la kaitan dgn PSM, bhopal plk memg lagi le byk isu pasal PSM.
so PSM ni cerita teknikal pasal safety. so buka minda untuk belajar teknikal safety.

PSM  ni ade tak dalam undang2 malaysia? ada.. cuba korang baca CIMAH
ha.. tu adalah salah satu law & regulation pasal PSM.
law yang lain ada sikit dalam FMA.
PSM ni pioneer dia adalah dari amerika, Occupational Safety and health Administration(OSHA)
klau kita sini DOSH la.
diorang start introduce PSM 1992, 8 tahun lepas kes bhopal.
so lama jgk la baru nak keluar guidelines tu..
kita CIMAH tahun bile? ha.. lagi lambat dari amerika...
kalau ada yang betul2 nak mendalami pasal PSM ni, korang klik link bawah ni

dlm US OSHA 1992 PSM guidelines ada 14 element of PSM.
deatil dia nanti aku cite next entry.