PRD Part 2
Dalam entry sebelum ni dah diterangkan apa itu PRD dan jenis-jenis PRD yg biasa digunakan oleh loji process. sekarang kita kaji lebih sedikit pasal setiap PRD yg biasa digunakan tu.
Pressure Safety Valve (PSV)
PSV ni biasanya dipasang dekat dengan vessel@pengandung. Biasanya dipasang dibahagian atas vessel. Kedudukannya mestilah di kawasan vapour(wap) process vessel tersebut. ini untuk mengelakkan dari cecair bertekanan terlepas ke sistem "flare" atau "venting. PSV ni kedudukannya adalah "normally close". apabila tekanan berlebihan wujud dalam vessel, maka PSV akan activate@pop-up untuk melepaskan tekanan berlebihan tersebut. Practice yg baik adalah setiap kali PSV pop-up ia mesti ditentukur(calibrate) untuk memastikan ia dalam keadaan baik selepas pop-up. dalam Factories and Machineries Act ada akta yang wajibkan ujian/tentukur(calibrate) PSV dilakukan setiap 15 bulan kecuali mendapat pengecualian dari pihak DOSH.
No comments:
Post a Comment