Monday, January 30, 2017

INCIDENT INVESTIGATION

INCIDENT INVESTIGATION FOR PROCESS SAFETY


Kejadian kemalangan adalah peluang dan ruang pembelajaran yang sangat mahal. ini kerana tiada sesiapa atau syarikat apa pun yg mahukan kemalangan terjadi agar mereka boleh belajar dari kemalangan tersebut. oleh itu, apabila terjadi kemalangan, wajiblah kemalangan itu disiasat untuk memahami sebab musabab kemalangan itu berlaku dan bagaimana cara dan kaedahnya agar kejadian yang sama tidak berulang.

Siasatan kemalangan bukanlah ditugaskan kepada seorang individu sahaja. ianya mestilah dilakukan dalam bentuk kumpulan. ini kerana lebih banyak maklumat yg betul dapat dihimpunkan untuk memastikan siasatan kemalangan itu bersifat komprehensif.

Terdapat beberapa kaedah/tools siasatan kemalangan yang digunakan dalam industri. Antara yang biasa digunakan adalah:
1. Tripod Beta analysis.
2. Top set analysis.
3. Failure mode and effect analysis

Mengikur OSHA U.S utk process safety incident investigation, kumpulan siasatan kemalangan mestilah melibatkan orang yang arif berkaitan dengan process. Tidak dilupakan wakil kontraktor sekiranya kemalangan itu melibatkan pekerja/aktiviti kontraktor.

Mengikut OSHA U.S rekod penyimpanan siasatan kemalangan yg melibatkan process safety mestilah disimpan selama 5 tahun. Siasatan kemalangan mestilah dimulakan dlm tempoh 48 jam selepas kemalangan berlaku. Siasatan kemalangan mestilah mempunyai maklumat-maklumat berikut:

1. Tarikh kemalangan.
2. Tarikh siasatan bermula.
3. Kenyataan ringkas kemalangan.
4. Faktor yang mengakibatkan kemalangan.
5. Langkah pembaikan dari siasatan kemalangan





Wednesday, January 4, 2017

PRD part 2

PRD Part 2



Dalam entry sebelum ni dah diterangkan apa itu PRD dan jenis-jenis PRD yg biasa digunakan oleh  loji process. sekarang kita kaji lebih sedikit pasal setiap PRD yg biasa digunakan tu.

Pressure Safety Valve (PSV)


PSV ni biasanya dipasang dekat dengan vessel@pengandung. Biasanya dipasang dibahagian atas vessel. Kedudukannya mestilah di kawasan vapour(wap) process vessel tersebut. ini untuk mengelakkan dari cecair bertekanan terlepas ke sistem "flare" atau "venting. PSV ni kedudukannya adalah "normally close". apabila tekanan berlebihan wujud dalam vessel, maka PSV akan activate@pop-up untuk melepaskan tekanan berlebihan tersebut. Practice yg baik adalah setiap kali PSV pop-up ia mesti ditentukur(calibrate) untuk memastikan ia dalam keadaan baik selepas pop-up. dalam Factories and Machineries Act ada akta yang wajibkan ujian/tentukur(calibrate) PSV dilakukan setiap 15 bulan kecuali mendapat pengecualian dari pihak DOSH.

Rupture Disk


Bunyi sebutan pun kita tau dah. ini jenis makan dalam punya barang hahaha Rupture disk ni bentuk dia mcm blind jgk cuma die punya rating rendah berbanding blind. tujuan die untuk memastikan apabila tekanan berlebihan, ia akan rupture dan membenarkan aliran bahan process keluar dari sistem bertekanan berlebihan. Normally rupture disk ni memg mahal la... jenis pakai buang. once dia dah activate kena ganti yg baru.


Pressure Vacuum Relieve Valve


kalau yg 2 atas tadi cerita pasal tekanan berlebihan dalam sistem, PVRV plk sebaliknya. dia nak mengelakkan vacuum dlm sistem. sebb vacuum ni blh menyebabkan tangki kemek kedalam. so rosak teruk la tangki/vessel tu.. PVRV mcm PSV jgk, kena tentu ukur(calibrate)